December
15
June
17
Salam satu Malaysia..... Murid-murid yang disayangi , anda bolehlah melayari blog ini untuk mempelajari tentang konduktor dan penebat..... Harap blog ini dapat membantu anda.......
- Teacher Santhi & Team
1.
June
16
Murid-murid..... sila menonton video di
bawah......
Pada suatu pagi, hujan turun dengan lebatnya, angin bertiup kencang disertai dengan petir dan guruh yang sabung-menyabung. Ada lima orang sahabat Aiman, Hanif, Fairuz, Shuhada dan Ela terkandas dalam hujan lebat tersebut. Mereka berteduh di sebuah perhentian bas.
Tidak berapa lama kemudian, sebatang pokok yang berdekatan tumbang menimpa wayar elektrik lalu menyebabkan ia putus. Hujung salah satu wayar tersebut telah mengenai bumbung perhentian bas tersebut. Shuhada yang kebetulan pada ketika itu sedang bersandar pada tiang perhentian bas itu terkena kejutan elektrik.
Aiman tanpa berfikir panjang terus menarik Shuhada dengan tujuan untuk menolong tetapi malangnya dia turut terkena kejutan elektrik tersebut. Sementara rakan-rakan lain tergamam seketika.
Kemudian Fairuz terpandang batang besi yang berada berdekatan lalu menghulurkan kepada Shuhada dengan tujuan untuk menariknya tetapi dia juga turut terkena kejutan. Ela terpaku dengan fikiran yang buntu, namun Hanif tetap berusaha untuk menolong. Dengan menggunakan ikhtiar yang terakhir dia mengambil sebatang kayu dan menolak rakan-rakannya ke tempat yang selamat.
Selepas Shuhada, Aiman dan Fairuz salama berada di hospital, Hanif dan Ela tertanya-tanya sesama sendiri mengapakah batang besi dan batang kayu yang digunakan dalam usaha menyelamatkan rakannya memberi kesan yang berbeza?
Bolehkah anda membantu Hanif dan Ela mencari jawapan??????
Mari kita mencari jawapan anda itu….
June
15
![]() | |||
Soalan 1 : Apakah yang dapat kamu perhatikan kepada wayar itu?
A) Terdiri daripada 2 bahagian B) Terdiri daripada 3 bahagian
A) Terdiri daripada 2 bahagian B) Terdiri daripada 3 bahagian
Soalan 2 : Bahan apakah yang digunakan untuk membuat wayar elektrik itu?
A) Aluminium dan besi B) Logam dan plastik
A) Aluminium dan besi B) Logam dan plastik
Soalan 3 : Mengapa wayar itu disalut dengan bahan plastik pada bahagian
luarnya?
A) Mengelakkan ia terbakar B) Mengelakkan kejutan elektrik
Murid-murid.....jika anda menjawab A, B, B....maka
jawapan anda adalah betul....TAHNIAH!
luarnya?
A) Mengelakkan ia terbakar B) Mengelakkan kejutan elektrik
Murid-murid.....jika anda menjawab A, B, B....maka
jawapan anda adalah betul....TAHNIAH!
June
14
June
13
Uji kefahaman anda tentang konduktor dan penebat melalui 2 kuiz di bawah. Selamat mencuba.
KUIZ 2
Murid-murid.....macam mana kuiz tadi? Best tak? Anda boleh cuba bila-bila masa....
MURID-MURID BOLEH BUAT EKSPERIMEN INI UNTUK MEMAHAMI TENTANG BAHAN KONDUKTOR DAN PENEBAT.....
TEKAN BUTANG DI BAWAH
June
12
Apakah yang akan berlaku jika semua benda di sekeliling kita terdiri daripada konduktor sahaja???? carikan jawapannya..................
Murid-murid bolehlah main permainan Sains di bawah ......
Subscribe to:
Posts (Atom)