twitter
rss

RPH

Rancangan Pengajaran ini adalah untuk 

   rujukan guru sahaja...... 

Mata pelajaran             : Sains
Masa                           : 1 jam
Kelas                           : Tahun 4
Tema                           : Menyiasat Alam Fizikal
Tajuk                           : Konduktor dan Penebat
Hasil Pembelajaran      : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-muris dapat :-
1)      Menerangkan apa itu bahan konduktor
2)      Menerangkan apa itu bahan penebat
3)      Memberikan contoh-contoh bahan konduktor dan penebat
4)      Mengelaskan bahan konduktor dan penebat
Kemahiran proses sains : Mengelas, mengeksperimen
Kemahiran Generik       : Menjana Idea, mencirikan, kemahiran ICT
Bahan bantu belajar      : komputer dan modul online.

Set Induksi (7 minit)
1)   Murid mendengar skrip cerita  - ada sari kata (Rujuk Lampiran 1)
2)   Murid berfikir kenapa kayu yang digunakan oleh Hanif dapat menyelamatkan rakan-rakannya.


Pencetusan Idea (10 minit)
1)   Murid melihat gambar wayar elektrik yang dilukakan penebatnya.
2)   Murid menjawab beberapa soalan. (mencungkil idea murid)
3)   Murid pilih jawapan yang betul.
4)   Soalan 1 : Apakah yang dapat kamu perhatikan kepada wayar itu?
Cadangan jawapan 1A) Terdiri daripada 2 bahagian
                                   B) Terdiri daripada 3 bahagian
5)   Soalan 2 : Bahan apakah yang digunakan untuk membuat wayar elektrik itu?
Cadangan jawapan 2 :  A) Aluminium dan besi
                                   B) Logam dan plastik
6)   Soalan 3 : Mengapa wayar itu disalut dengan bahan plastik pada bahagian luarnya?
Cadangan jawapan 3 : A) Mengelakkan terkena kejutan elektrik
                                  B) Mengelakkan ia terbakar


Penstrukturan Semula Idea (18 minit)
1)   Murid-murid diberi penerangan mengenai bahan konduktor dan contohnya.
2)   Murid-murid diberi penerangan mengenai bahan penebat dan contohnya.
3)   Penerangan diberi melalui ‘slide powerpoint’.


Aplikasi Idea (20 minit)
1)   Murid-murid menjawab soalan kuiz tentang konduktor dan penebat.
2)   Murid-murid mengelaskan bahan-bahan konduktor dan penebat.
3)   Murid dapat menilai kefahaman mereka melalui aktiviti tersebut kerana pencapaian mereka akan disiarkan dalam online selepas mereka habis jawab soalan-soalan tersebut.


Refleksi ( 5 minit)
1)   Murid merumuskan apa yang mereka belajar melalui menjawab beberapa soalan.
2)   Soalan 1 : Apa itu konduktor?
Cadangan jawapan :  A) Bahan yang mengalirkan tenaga elektrik dinamakan konduktor.
                                B) Bahan yang tidak mengalirkan tenaga elektrik dinamakan
                                     konduktor.
3)   Soalan 2 : Apa itu penebat?
    Cadangan jawapan :  A) Bahan yang mengalirkan tenaga elektrik dinamakan penebat.
                                    B) Bahan yang tidak mengalirkan tenaga elektrik dinamakan
                                         penebat.

4)   Apakah yang akan berlaku jika semua benda di sekeliling kita terdiri daripada konduktor sahaja? Carikan jawapannya…..

0 comments:

Post a Comment